Bukan senang bagi seorang wanita mengandung selama 9 bulan. Isteriku sangat bertuah kerana takdirnya mengandung selama 10 bulan bagi ketiga-tiga anakku. Selesa di dalam perut ibunya sehingga dipaksa keluar melalui pembedahan. Ketiga-tiganya 40 minggu.
Anak pertama pembedahan kerana lemas pada hal aku telah menghantar isteriku ke hospital pada masa yang ditetapkan. Tidak mengapalah, kuterima takdir tuhan dengan redha. Kasihan isteriku yang terpaksa menanggung azabnya kesan pembedahan. Anak pertama lahir 3.8 kg. Sebulan isteriku tinggal di wad icu bayi hkp kerana menunggu rawatan untuk anakku yang dijangkiti kuman.
Seterusnya, anak kedua pun sama juga, lewat dari tarikh yang dijangkakan. Terpaksa bersalin melalui pembedahan juga. Kali ini separuh sedar, bius pinggang ke bawah. anakku lahir 3.7 kg. seminggu ditahan di wad icu bayi juga untuk pemantauan lanjut kerana disyaki dijangkiti kuman juga dan harus menghabiskan antibiotik yang diberi. Kasihan isteriku.
akhirnya, anak ketiga terus tandatangan untuk bersalin secara pembedahan kerana sejarah kelahiran dua terawal secara pembedahan dan luka pembedahan masih belum pulih sepenuhnya dan sangan berisiko untuk bersalin normal. alahai, kasihan sungguh isteriku. andai dapat kukongsi sakitnya rasa melahirkan itu, alangkah baiknya. malangnya, aku tidak mampu.
anak ketiga lahir dengan berat yang terlampau, 4.5 kg. Badannya seperti bayi yang telah berusia 4 bulan. Kali ini, anakku sahaja ditahan di icu untuk pemantauan 24 jam dikhuatiri menghidap kencing manis kerana terlalu gemuk.
kini, isteriku telah menjalani proses pemandulan dan tidak boleh mengandung dan melahirkan lagi. pastinya dia sangat serik dan takut serta fobia untuk menghadapi situasi berkenaan. syukur kepada tuhan kerana kami masih ada seorang anak lagi yang menjadi penawar kesedihan kehilangan dua daripadanya.
No comments:
Post a Comment