Saturday, 17 December 2011

Tuhan yang menentukan

          Bukan senang bagi seorang wanita mengandung selama 9 bulan.  Isteriku sangat bertuah kerana takdirnya mengandung selama 10 bulan bagi ketiga-tiga anakku.  Selesa di dalam perut ibunya sehingga dipaksa keluar melalui pembedahan.  Ketiga-tiganya 40 minggu.

         Anak pertama pembedahan kerana lemas pada hal aku telah menghantar isteriku ke hospital pada masa yang ditetapkan.  Tidak mengapalah, kuterima takdir tuhan dengan redha.  Kasihan isteriku yang terpaksa menanggung azabnya kesan pembedahan.  Anak pertama lahir 3.8 kg.  Sebulan isteriku tinggal di wad icu bayi hkp kerana menunggu rawatan untuk  anakku yang dijangkiti kuman.

          Seterusnya,  anak kedua pun sama juga, lewat dari tarikh yang dijangkakan.  Terpaksa bersalin melalui pembedahan juga.  Kali ini separuh sedar, bius pinggang ke bawah.  anakku lahir 3.7 kg.  seminggu ditahan di wad icu bayi juga untuk pemantauan lanjut kerana disyaki dijangkiti kuman juga dan harus menghabiskan antibiotik yang diberi.  Kasihan isteriku.

         akhirnya, anak ketiga terus tandatangan untuk bersalin secara pembedahan kerana sejarah kelahiran dua terawal secara pembedahan dan luka pembedahan masih belum pulih sepenuhnya dan sangan berisiko untuk bersalin normal. alahai, kasihan sungguh isteriku. andai dapat kukongsi sakitnya rasa melahirkan itu, alangkah baiknya.  malangnya, aku tidak mampu.

         anak ketiga lahir dengan berat yang terlampau, 4.5 kg.  Badannya seperti bayi yang telah berusia 4 bulan. Kali ini, anakku sahaja ditahan di icu untuk pemantauan 24 jam dikhuatiri menghidap kencing manis kerana terlalu gemuk.

         kini, isteriku telah menjalani proses pemandulan dan tidak boleh mengandung dan melahirkan lagi.  pastinya dia sangat serik dan takut serta fobia untuk menghadapi situasi berkenaan.  syukur kepada tuhan kerana kami masih ada seorang anak lagi yang menjadi penawar kesedihan kehilangan dua daripadanya.

Keluargaku

 Keluarga kecilku. isteri n anak
anak kedua
 mohamad izwan shah b mohd rizal
9 tahun
26 mei 2002
 isteri
aziah bt ahmad hairi
33 tahun
6 jan 1978



 aku
mohd rizal b ramly
36 tahun
6 sept 1975
aku memangku anak pertama
arwah ahmad iskandar b mohd rizal
lahir 28 mac 2001
meninggal pada 19 mac 2003
umur 1tahun 11 bulan 19 hari - lagi 9 hari genap dua tahun
meninggal kerana masalah darah
isteriku memangku anak ketiga
arwah adam ikhwan b mohd rizal
lahir pada 3 ogos 2005
meninggal pada 12 mei 2007
1 tahun 9 bulan 8 hari
meninggal kerana masalah darah sama dengan anak pertama.

haihaihai

          Bertemu kembali lewat dinihari yang amat sunyi ini.  Hanya bunyi ketikan aksara pada papan kekunci yang kedengaran menerjah halwa telingaku.  Juga bunyi deru angin kipas syiling yang berputar ligat menemani malamku ini.
       
          Baru kini aku berkesempatan mencoretkan sepatah dua kata di dalam blog yang masih baru ini.  Apalah sangat yang hendak diceritakan.  Itu ini begitu begini sama sahaja.  Semoga hari-hari mendatang lebih baik lagi hendaknya.
       
          Semoga kesilapan semalam menjadi pengajaran yang berguna pada hari ini dan seterusnya.  Apa yang penting ialah sentiasa berada di atas landasan yang betul, barulah boleh tiba ke destinasi dengan selamat dan gembira.

Thursday, 10 November 2011

haihaihai

Selamat bertemu di alam muka tanpa wajah, hanya kata-kata mewarnai bicara.  Selamat berkongsi kisah suka dan dukaku.  Semoga hari esok dan hari-hari seterusnya lebih baik daripada semalam dan kelmarin.  Semoga hari-hari mendatang penuh warna seceria pelangi yang mewarnai langit cerahku ketika hujan gerimis sirna akan mentari yang memancar ke seluruh alam.